Friday, May 18, 2012

cuti ~ oh lala


Assalamualaikum..
sejak cuti sem yang bermula 1 April yang lalu sampai lah sekarang, kerja aku hanya lah dirumah sahaja. Namun, dalam masa sebulan lebih nie, dapat lah aku mengumpul duit sikit, nak tampung time belajar nanti. Walaupun di rumah, namun tetap dapat kumpul wang iaitu dengan membuat bisnes. Takde la bisnes besar mana pun, kalau setakat nak mengisi masa tu bolehlaa. Kalau nak dihitung, jumlah pendapatan ada la dalam beratus ringgit jugak. Wallaweyh.. :)

Haa lagi satu, kalau time cuti cenggini boleh la selalu pegi jalan2. asyik. Takdela boring je duduk kat rumah kan.


Hehe, bukan cuti-cuti sekolah tau, tapi cuti-cuti kampus.Urm tak lama lagi, cuti pun dah nak habis. So, time untuk fokus kepada buku buku dan buku. Walaupun cuti dah lama bermula, tapi belum terlambat rasanya aku nak wish SELAMAT BERCUTI kepada kawan2 kat luar sana.

Thursday, May 17, 2012

10 tanda si dia jodoh anda

10 tanda si dia jodoh anda









1. Gunakan Seluruh Pancaindera 

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita? 

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahasia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. 

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. 



2. Bersahaja 

Kekasih kita itu bersikap bersaja dan tidak berlakon. Coba perhatikan cara dia berpakaian, cara berbicara, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. 

Kalau ia nampak kurang selera dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 



3. Senang Bersama 


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita senantiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengobat kedukaan kita. 

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 



4. Terima Kita Seadanya 

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. 

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. 

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahasia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 



5. Senantiasa Jujur 

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. 

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. 

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 



6. Percaya Mempercayai 


Setiap orang mempunyai rahasia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. 

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. 

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahasia-rahasia kepada kekasihnya berbanding teman teman yang lain. Satu lagi, kita tidak berahasia apa pun kepadanya dan kita pasti rahasia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 



7. Senang Bekerjasama 


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. 

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. 

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 



8. Memahami Diri Kita 


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. 

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia senantiasa ada untuk kita. 

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. 

Apabila dia senantiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 



9. Tampilkan Kelemahan 
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. 

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. 

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. 

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 



10. Kata Hati 
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. 

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. 

Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa......

Sumber : http://mencintaisederhana.blogspot.com/2012/03/10-tanda-si-dia-jodoh-anda.html#ixzz1v89IQBaY

Tuesday, April 24, 2012

salah anggap


di salah anggap






Sudah menjadi kebiasaan dalam hidup apabila kita di salah anggap atau menyalah anggap orang lain. Tapi janganlah sampai mengaibkan seseorang, nak tahu kebenaran, harus tanya tuan empunya diri. Jangan main hentam je sebab kadang2 boleh menimbulkan rasa marah orang terhadap kita. Mungkin disebabkan kita baik dengan orang tu, tak pun kita sering mendengar luahan hati dia, maka timbul lah cerita kita dah jatuh hati dengan dia, sukakan dia. Memang lah suka tapi as a friend, tak lebih dari tu. Pengajaran nya, jangan terlalu baik dan jangan terlalu caring terhadap orang lain.

Monday, April 23, 2012

kahwin awal

kahwin awal by ustaz azhar idrus



wanita terbaik


wanita terbaik


Al KHAWARIZMI,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik.

Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 = 10

Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 10

...jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lg 0 = 1000

Tapi jika yang "1" tiada..maka..tiada apa yg tersisa pada wanita tersebut 

kecuali sekelompok "0" ;-)


Thursday, April 19, 2012

Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.


Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

credit to Hilal Asyraf on Sunday, January 22, 2012 at 9:29pm ·
Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.
            
              Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.


Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?

Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?

                Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

                Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.

                Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.

                Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.

                Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.

                Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?

                Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.

                Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
                Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
                Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
                Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
                Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.

Apabila Cinta Silap Dipandang.

Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.

                Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.

                “Hish, kecik-kecik dah gatal!”

                Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.

                Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.

                “Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
                “Hang budak lagi. Belajar dulu.”

                Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.

                Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.

                “Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
                “Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
                -----------------------------------------------------------
                Perbualan di atas ini adalah SMS
                ------------------------------------------------------------

                Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.

                “Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
                “Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
                “Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
                Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.

                Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.

                Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.

                Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.

Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.

Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.

                Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
                Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.

                Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

                Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

                Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.

                Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.

                Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.

Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.
Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.

                Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.

                Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
                Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
                Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
                Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.

                Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.

Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.

Friday, April 29, 2011

pending....

pending...first time jmpe n knal time mggu MDS..sejak dr itu kami kekal sbagai kwan baek smpi skrang..ssah snang kami lalui bersama..ad msalah kami share antara satu sama lain..makan skali, tdow skali, bukak puasa skali, kdang2 pg klas skali, n mndi pn skali..cuti sem dah start..i mish my lovely pending cz sume asal dr tmpt yg bbeza..time cuti sem xbleh jmpe cam selalu..juz bhubung mlalui sms, facebook jew..ble kt uitm, tiap2 ary kami wajib bjumpa..wlaupun xde masa nk jmpa tp kami akn bt somthing agr pending ttp akn jmpa tiap2 ary..ble salah sorang pending ad msalah, dia akn cter n share dgn salah sorang pending yg lain..sbab itulah kami kkal sbagai kwan baek n geng..
diperkenalkan geng2 pending..





nie namanya yaya mome..asal pasir mas, klate tp dk kt kl..yaya nie slah sorang best student lam group pending..org nya pn cntik, putih melepak ...

                     
next..yg nie plak asal dr sabah..nama pnuh mas nadiana eshaap..ataupn nama manja lady gegar, hahaha..yn nie pn best student gak nie..sapa2 nk mnuntut ilmu calculus bleh laa jmpa mas yer..




klau yg td lady gegar, yg nie plak lady gege, hahahah..pham2 lah yer knapa nama nya lady gege..asal johor tp tggal kt putrajaya..ini lah dia ain najihah a.k.a lady gege ...




si kcik molek nie nama nya izzati syamimie..asl tganu, zati nie roomate nya mas n yaya..perunding masalah bg pending group :p




nie masyitah a.k.a. shin shon..shin shon nie pndatang baru kt uitm machang n lam pending group jgk laa..dia roomate bru mas n yaya..asal kb, klate..




n last but not least..op kos laa nie ak..yaya mome bg ak nama baru..uhu..mas plak bg nama lady gemuk..hahah..asl tganu tp lahir kt klate..


sy syg pending sy..sy mish dorang sume..hope psahabatan kita kekal smpi ujung nyawa, amiin..lap u pending..

di cni nk srtakn bbrapa keping gmbr pending group..






ad bnyk lg gmbr, tp upload yg 2 jela dlu erk..selamat mnyelami aty budi pending..:p